• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

Festival Turath Nusantara (FTN)

Kaherah, 15-17 Ogos 2024 - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) melalui Pejabat Atase Pendidikan (AP) Negeri Perak di Mesir dengan kerjasama Education Malaysia Egypt, Pejabat AP Negeri Melaka dan Pejabat AP Negeri Johor telah menganjurkan Festival Turath Nusantara (FTN) 2024 sempena Bulan Kemerdekaan Malaysia bagi tahun 2024.

Festival ini dimulakan dengan Seminar Persuratan Islam pada 15 Ogos 2024 yang telah membincangkan mengenai kitab-kitab tulisan ulama Nusantara yang merangkumi pelbagai bahasa antara Jawi, Aceh, Jawa, Sunda dan sebagainya.

Seterusnya, Majlis Bacaan Dalail Khairat bersama para Masyaikh Al-Azhar yang telah dihadiri kira-kira 200 mahasiswa.

FTN 2024 dilengkapkan dengan Pameran Jejak Ulama Nusantara pada 16-17 Ogos 2024 yang mengetengahkan koleksi 300 naskhah kitab dan manuskrip ulama-ulama Nusantara yang telah diterbitkan antara 1920an hinggan 1960an.

Pameran ini telah berjaya menarik hampir 800 pengunjung yang terdiri daripada mahasiswa dan diaspora Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan lain-lain.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.