Bengkel Sistem Maklumat Imam Dan Masjid (SISMIM) Bagi Negeri Perak
Pada 9 - 11 Jun 2015 (Selasa Khamis), telah diadakan Bengkel Sistem Maklumat Imam Dan Masjid (SISMIM) Bagi Negeri Perak. Bengkel tersebut telah diadakan di Park Avenue Hotel, Sg Petani, Kedah. Encik Zul-Azri bin Hosaini selaku Pengurus Unit Pembangunan Ummah, MAIPk telah mengetuai perjalanan sesi bengkel tersebut diadakan. Bengkel tersebut telah dihadiri oleh semua Pegawai Penyelaras Masjid Daerah di Perak.
Ianya bertujuan untuk memantapkan lagi proses pengemaskinian maklumat masjid dan imam-imam di seluruh negeri Perak melalui kaedah pengkomputeran. Pegawai-pegawai dari Unit Pembangunan Ummah, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak turut menyertai bengkel tersebut sebagai urusetia bengkel.