• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • MAIPk SEDIA RM2 JUTA BAGI PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI ASNAF (PROPER A)

MAIPk SEDIA RM2 JUTA BAGI PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI ASNAF (PROPER A)

IPOH, 16 Ogos 2024 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) menganjurkan majlis minum petang bagi meraikan dan menyampaikan sijil tamat kursus kepada peserta PROPER A tahun 2022 dan 2023. Sebanyak RM2 juta setiap tahun disediakan bagi menaja PROPER A dibawah peruntukkan asnaf fakir dan miskin. Peruntukan merangkumi kos latihan, kursus berfasa, pembekalan peralatan, pemantauan dan pelaporan berkala setiap usahawan asnaf selama tempoh 6-8 bulan. Seramai 161 orang peserta terdiri dari usahawan asnaf telah menyertai PROPER A pada tahun 2022 dan 2023.

Kursus keusahawanan yang ditawarkan pada tahun 2022 ialah pemasaran produk, pelabelan dan pembungkusan, perbidanan, refleksologi dan urutan disertai seramai 60 orang peserta. Bagi tahun 2023 pula, kursus ditawarkan ialah kursus pembuatan pusara dan batu nisan, ternakan ayam kampung, asas cendawan tiram, kulinari dan pastri, perbidanan serta refleksologi dan urutan disertai seramai 101 orang peserta.

Selain itu, MAIPk turut menyediakan beberapa kemudahan kepada peserta usahawan asnaf yang telah tamat kursus seperti ruang perniagaan usahawan asnaf di Anjung Usahawan MAIPk, Angsana Mall, Ipoh bagi mempromosi dan memasarkan produk dan perkhidmatan yang disediakan. MAIPk turut menyediakan aplikasi zakat Perak bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan asnaf ke peringkat lebih tinggi.

Majlis penyampaian sijil tamat kursus disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Syamsul Hazeman bin Md Salleh kepada 161 orang peserta. MAIPk menyediakan pelbagai siri program yang dinamik, mampu memupuk bakat dan keupayaan asnaf sehingga berupaya meningkatkan kebolehan, kemahiran dan produktiviti masing-masing seterusnya menjadi usahawan berilmu, mampu berdikari, berdaya tahan dan berdaya saing.





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.