PROGRAM JUALAN IKAN MURAH KEPADA PENDUDUK TEMPATAN SERTA AGIHAN KOTAK MAKANAN DAN IKAN PERCUMA KEPADA 200 ORANG ASNAF DI SERI ISKANDAR
SERI ISKANDAR, 29 Jun - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama AJK Masjid Bandar Universiti Seri Iskandar menganjurkan Program Jualan Ikan, Udang, Sotong dan Kerang secara murah kepada penduduk tempatan. Program turut disulam dgn agihan kotak makanan, beras dan ikan percuma kepada 200 orang asnaf yang melibatkan belanja agihan zakat sehingga RM20 ribu.
Program ini juga dimeriahkan lagi dengan penyertaan team refleksologi dan urutan PROPER A, kaunter Tabung Haji, jualan daging segar, jualan buku, kaunter khidmat perlupusan Al Quran, pemeriksaan kesihatan percuma, kaunter zakat dan wakaf serta gerai jualan pelbagai makanan dan minuman.
Turut berlangsung penyerahan barangan berupa bantuan modal kepada pengusaha kabin gunting rambut di Masjid Bandar Universiti yg diusahakan dari kalangan asnaf yang dipilih oleh MAIPk.
MAIPk akan terus komited membantu ummah di Negeri Perak dengan menggiatkan lagi program seperti ini di masa akan datang.