Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad Tunai Zakat Perniagaan Kepada MAIPk
IPOH, 26 Jun- Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad telah menunaikan zakat perniagaan kepada Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM27,858.11 bagi tahun kewangan 2023.
Penyerahan zakat disempurnakan oleh Tuan Hj. Abu Bakar bin Rose, Bendahari Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad kepada Encik Ahmad Nazim bin Md Tajuri, Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk.
Semoga penyerahan zakat ini membantu ke arah pembangunan dan keperluan asnaf selari dengan hasrat MAIPk supaya memberi manfaat kepada ummah.
Teruskan membantu golongan mustahiq, berzakatlah di https://ezakat.maiamp.gov.my