SEMINAR MOTIVASI DAN HALATUJU USAHAWAN MAIPk
Ipoh,20 Jun 2024 – MAIPk telah menganjurkan Seminar Motivasi dan Halatuju Usahawan MAIPk siri 1/2024 bertujuan meyampaikan input baru bidang perniagaan seperti pelindungan perniagaan, pengurusan kewangan, percukaian dan pembayaran zakat. Selain itu, membantu usahawan menetapkan halatuju meningkatkan motivasi usahawan agar bersedia menjadi usahawan IKS yang berdaya saing dalam pasaran.
Peserta seramai 50 orang usahawan asnaf MAIPk yang telah melalui program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) pada tahun 2023 menghadiri seminar ini. Mereka dari kalangan usahawan program kulinari, pastri, refleksologi, urutan, perbidanan, tanaman cendawan tiram, ternakan ayam kampung, pembuatan pusara serta batu nisan.
Semoga semua usahawan asanf MAIPk bersedia mengembangkan perniagaan masing-masing dan memanfaatkan ilmu pengetahuan serta membina jaringan perniagaan yang telah diwujudkan oleh MAIPk. Hasrat MAIPk agar semua usahawan MAIPk dapat menjadi pembayar zakat semula kepada MAIPk dan bersatu di bawah nama alumni usahawan MAIPk serta memanfaatkan ruang niaga di Anjung Usahawan MAIPk sebagai platform terbaik bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan usahawan MAIPk.
Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pn Wan Maizura binti Wan Zahari, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Pembangunan MAIPk.
Turut hadir bersama semasa majlis penutup seminar ini ialah Pengurus Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Encik Noraizad bin Rosli dan Pengurus Bahagian Perhubungan Korporat MAIPk, Encik Muhammad Naquib bin Mohamd Tarmizi.