• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK DI RUMAH BACA ROYAL BELUM

GERIK 19 Jun - Majlis Agama Islam Dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) sentiasa prihatin terhadap pendidikan komuniti orang asli. Minat belajar di kalangan anak-anak orang asli perlulah bermula di awal usia. Pendedahan dan keseronokan belajar perlu diterapkan dalam jiwa mereka seperti mana yang diberikan kepada anak-anak di luar sana sejak pra-sekolah.

MAIPk dengan kerjasama Perbadanan Taman Negeri Perak (PTNPk) telah mewujudkan 3 buah rumah baca masing-masing di Kg Sungai Kejar, Kg Tan Hain dan Kg Klewang.

Projek Rumah Baca adalah mini sekolah berkonsepkan pra-sekolah memberi pendedahan awal dan kemudahan tempat belajar di peringkat pendidikan awal kanak-kanak. Dana zakat diberikan sebagai dana permulaan projek dan diikuti dengan terimaan sumbangan daripada pendana-pendana lain daripada dalam dan luar negara.

Dana zakat yang disumbangkan dapat menyediakan kursus pengajaran kepada tenaga pengajar di kalangan penduduk tempatan, perabot, saguhati pengajar dan penyelenggaraan rumah baca.

Selain kerjasama pendana, peranan Badan Bukan Kerajan (NGO) seperti RIMAU dan Amanah Lestati Alam (ALAM) memainkan peranan penting bagi memastikan kelestarian dan manfaat Rumah Baca kepada komuniti orang asli terutamanya kaum jahai di Royal Belum, Perak.

Lawatan kerja ke Rumah Baca Royal Belum oleh Jawatankuasa Program Pendidikan Komuniti Orang Asli Islam, MAIPk diketuai YBhg Dato' Mohamad Fauzi bin Mahson selaku pengerusi jawatankuasa telah diadakan pada 19 Jun 2024. Objektif lawatan ini sebagai tanda sokongan terhadap semangat anak-anak, guru-guru dan ibubapa seluruhnya. Kesempatan ini juga digunakan oleh Jawatankuasa untuk meneliti keperluan fasiliti bagi pengembangan program pendidikan asas dapat dibangunkan dgn sebaiknya.

Semoga komuniti orang asli kekal bersemangat dan mendapat manfaat daripada dana zakat yang disalurkan seterusnya melahirkan generasi yang berpendidikan dan cemerlang.







.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.