Skuad Prihatin Asnaf
Sungai Siput, 20 Mei 2015 - Pepatah ada mengatakan "Ku sangkakan panas hingga petang, rupanya hujan di tengahari"... begitulah nasib yang menimpa Siti Halijah binti Syed Kamaruddin, 31 tahun yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu kantin Sek.Men Pengkalan Pegoh dengan pendapatan Rm20 sehari telah jatuh sakit sehingga terlantar dan tempurung kepala sebelah kirinya pecah akibat kemalangan jalanraya langgar lari di Pengkalan Pegoh.
Suami berumur 41 tahun yang sebelum ini bekerja sendiri iaitu membuat kerja2 kontrak, mesin rumput, tukang kebun dan sebagainya terpaksa berhenti bekerja demi menjaga isteri tercinta. Pendapatan tidak menentu. Dengan wang yang ada didalam saku hanya berbaki Rm18.00 tidak terdaya pemohon untuk menampung kos perubatan isterinya yang sedang sakit terlantar. Namun berbekal tulang empat kerat dan hubungan yang akrab dengan jiran2, rakan2 dlm pasukan Rela sedikit sebanyak dpt meringankan beban isterinya membeli keperluan pampers eterna dan susu ensure.
Unit Agihan dan Pembangunan Asnaf menerusi Skuad Prihatin Asnaf (SPA) telah melawat ke rumah Puan Siti Halijah di Kg Talang Tengah, Jalan Felda Lasah Sg. Siput (U) Perak dan menyampaikan sumbangan zakat kepada suami bagi menampung sementara keperluan sekeluarga.
Permohonan bantuan pemohon sedang diproses dan akan dipanjangkan ke Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal Tertinggi (JKBMT) terdekat untuk pertimbangan selanjutnya. In Shaa Allah, semoga segala urusan bantuan dipermudahkan & semoga keluarga ini tabah dengan ujian daripada Allah SWT.