PROGRAM JUALAN IKAN MURAH KEPADA PENDUDUK TEMPATAN SERTA AGIHAN KOTAK MAKANAN DAN IKAN PERCUMA KEPADA 200 ORANG ASNAF
GERIK, 1 Jun 2024 - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama AJK Masjid Nurussalam di Gerik menganjurkan program jualan ikan, Udang, Sotong secara murah kepada penduduk tempatan . Turut diadakan Agihan Kotak Makanan dan ikan percuma kepada 200 orang Asnaf yg melibatkan belanja Agihan Zakat sehingga RM20 ribu.
Program dimeriahkan lagi dengan penyertaan team refleksologi dan urutan PROPER A yang membuka kaunter perkhidmatan mereka sepanjang jualan berlangsung. Program ini juga melibatkan peniaga tempatan menjual sayur-sayuran, ayam dan daging dalam usaha mengimarahkan masjid dengan pelbagai aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.
InshAllah MAIPk akan terus komited membantu penduduk negeri Perak mengurangkan kos sara hidup ummah dengan memperbanyakkan lagi program seperti ini di masa akan datang.









