Perbincangan pengurusan tanah wakaf Masjid Kampung Panchor
Perbincangan pengurusan tanah wakaf Masjid Kampung Panchor, Pantai Remis melibatkan Jawatankuasa Kariah Masjid Kampung Panchor, pentadbiran Maahad Tahfiz Madrasatul Maarif dan MAIPk Manjung.
Pertemuan dua hala ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman bertujuan pengurusan dan pemantauan tanah wakaf yang sistematik serta memberikan nilai tambah dalam menjana sumber pendapatan masjid khususnya dalam meningkatkan ekonomi penduduk tempatan.
Kredit: MAIPk Manjung