PROJEK TERNAKAN AYAM KAMPUNG MAIPk MULA TUAI HASIL
15 Mei 2024 - Pihak MAIPk hari ini telah membuat pemantauan projek ternakan ayam kampung yg diusahakan oleh 10 orang peserta PROPER A MAIPk.
Hasil pemantauan di sekitar Kg Gajah, Seri Iskandar & Manjung mendapati para peserta telah mula menjalankan aktiviti ternakan ayam kampung tersebut sejak bulan Februari 2024 lalu. Terdapat peserta yg telah mula menjana pendapatan hasil jualan telur ayam dan anak ayam kampung selain kebanyakan peserta sedang memfokuskan kepada penghasilan baka ayam untuk dijadikan induk baharu.
Selamat maju jaya kepada semua peserta yang sedang berusaha gigih. Semoga projek ternakan ayam kampung ini mampu menjana pendapatan tambahan dan meningkatkan taraf ekonomi para peserta.
Kredit: Bahagian Agihan Zakat