• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk TEROKAI POTENSI USAHAWAN ASNAF MUALLAF DI POS KUALA MU

SUNGAI SIPUT (U),11 Mei 2024 - Bahagian Agihan Zakat, MAIPk mengadakan kunjungan ke Perkampungan Orang Asli Pos Kuala Mu, Sg. Siput bagi meninjau dan menerokai potensi penduduk Asli Beragama Islam (Muallaf) dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.

Program lawatan ini turut mendapatkan kerjasama daripada pihak DDEC Malaysia, NCER Perak & JAKOA negeri Perak bagi cadangan mewujudkan pusat operasi usahawan Muallaf di komuniti tersebut pada masa akan datang.

Antara pengisian program ni adalah seperti bicara santai, penyerahan kit bantuan daripada DDEC, penyampaian kotak makanan kepada asnaf dan lawatan ke beberapa buah rumah peserta di sekitar perkampungan yang terkenal sebagai salah satu destinasi eco pelancongan tumpuan pengunjung luar pada hujung minggu.

Semoga hasrat & perancangan tersebut dapat direalisasikan dalam tempoh terdekat.

 
Kredit: Bahagian Agihan Zakat




.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.