• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • Majlis tamat latihan & penyampaian sijil kepada peserta Kursus Refleksologi dan Urutan PROPER A

Majlis tamat latihan & penyampaian sijil kepada peserta Kursus Refleksologi dan Urutan PROPER A

IPOH, 9 Mei 2024 - Seramai 30 orang peserta kursus Refleksologi dan Urutan lelaki dan wanita tajaan MAIPk di bawah penyedia latihan Humaira Training Centre telah berjaya menamatkan latihan.

Turut serta Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) MAIPk, Puan Wan Maizura binti Wan Zahari dan Puan Su Harisun binti Kassim dari Humaira Training Centre.

Kursus Refleksologi & Urutan PROPER A bermula pada Julai 2023 merangkumi kursus berfasa, pembekalan peralatan disusuli proses pemantauan selama 4 bulan oleh syarikat penyedia latihan.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada semua peserta. Semoga dana zakat yang disalurkan memberi manfaat seterusnya memperbaiki taraf kehidupan asnaf di Perak.

Kredit: Bahagian Agihan Zakat






.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.