• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • PELAJAR TAJAAN MAIPk DI MESIR RANCANG BERKONGSI KARYA ULAMA MELAYU DI GALERI DAN PERPUSTAKAAN

PELAJAR TAJAAN MAIPk DI MESIR RANCANG BERKONGSI KARYA ULAMA MELAYU DI GALERI DAN PERPUSTAKAAN

Muhammad Nur Hadi bin Salehuddin, pelajar tajaan penuh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) merupakan penuntut tahun empat Universiti Al-Azhar, Mesir di dalam bidang Usuluddin pengkhususan Pengajian Hadis.

Anak ketiga daripada lapan beradik ini barasal dari Padang Rengas, mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Perempuan, Padang Rengas sebelum menyambung pelajaran ke Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Addiniah, Changkat Jering dan SABK Maahad Al-Yahyawiah, Padang Rengas sehingga ke peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Beliau mula mengumpul karya turath tulisan ulama Nusantara sejak tahun 2020 termasuk karangan Syeikh Mohd Idris Al Marbawi dan Syeikh Jaafar Hussein yang kebanyakannya ditulis dalam tulisan jawi dan Aceh dari sekitar tahun 1920-an hingga 1960-an. Karya-karya tersebut diperolehi daripada Maktabah Mustafa al-Halabi, salah satu syarikat percetakan dan penerbitan tertua di Mesir.

Sepanjang menjejaki karya ilmiah tersebut, beliau telah membelanjakan hampir RM20 ribu dan kini memiliki lebih kurang 200 karya dan tulisan dalam simpanan beliau.

Menerusi panggilan telefon bersama Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Tuan Syamsul Hazeman bin Md Salleh, Muhammad Nur Hadi telah menyatakan hasrat bahawa beliau memerlukan dana untuk menambah koleksi karya-karya seumpamanya daripada sumber-sumber yang lain termasuk daripada maktabah-maktabah di sekitar Masjid Al-Azhar. Selain itu, beliau turut menyimpan hasrat untuk berkongsi karya-karya ilmiah nukilan ulama Nusantara tersebut bersama masyarakat di Malaysia melalui galeri khas atau perpustakaan.

Beliau juga bercita-cita untuk menerbitkan karya sendiri yang berkisarkan pemikiran ulama-ulama Nusantara terkenal terutamanya Syeikh Mohd Idris Al-Marbawi dan Syeikh Wan Ahmad Al-Fattani.

Pihak MAIPk menyambut baik hasrat murni tersebut dan bersedia meniliti sebarang bentuk sokongan dan kerjasama demi kebaikan semua pihak.

Layari pautan facebook di bawah untuk media sosial.

Media Sosial : Facebook


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.