RM647,400 RIBU BANTUAN HARI RAYA DIAGIHKAN KEPADA 2,148 ASNAF DI SERI ISKANDAR
SERI ISKANDAR - Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak Daerah Seri Iskandar telah mengagihkan bantuan Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM647,400 ribu kepada 40 buah masjid melibatkan 2,148 orang asnaf fakir dan miskin di Masjid Daerah Seri Iskandar.
Penerima bantuan Hari Raya Aidilfitri dipilih daripada senarai asnaf fakir dan miskin yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Diri Jumaat di negeri Perak.
Selain itu, semua penerima bantuan kewangan bulanan dan hemodialisis turut menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri di bawah dana zakat MAIPk.
Kunjungi kaunter baitulmal terdekat atau terus selesaikan bayaran secara dalam talian dipautan https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/