Bantuan Bina, Baik Pulih Dan Sewa Rumah
Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah membelanjakan kira-kira RM15.42 juta dana zakat untuk membina kediaman baharu, baik pulih serta bayaran sewa rumah asnaf di Perak pada tahun 2023.
Di bawah program pembangunan sosial, MAIPk bertanggungjawab membantu golongan asnaf fakir, miskin dan muallaf menyediakan komponen asas tempat berteduh yang sempurna dan selesa untuk seisi keluarga. Seramai 1084 asnaf menerima manfaat dana zakat melalui bantuan bina rumah, baik pulih rumah dan sewa rumah.
MAIPk terus komited membantu golongan asnaf menyediakan ruang kediaman yang sempurna dan kondusif dalam mengagihkan dana zakat dengan berkesan seterusnya memberi impak kepada komuniti selari dengan hasrat MAIPk supaya memberi manfaat kepada ummah.
Imbas QR kod atau terus melalui pautan https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/ untuk urusan pembayaran zakat.