Program Penyerahan Kelengkapan Sekolah serta Kotak Makanan kepada masyarakat Orang Asli Islam dan Muallaf
Ahad, 7 Januari 2024 - Program Penyerahan Kelengkapan Sekolah serta Kotak Makanan kepada masyarakat Orang Asli Islam dan Muallaf diteruskan lagi di Kampung Kerawat, Simpang Pulai.
Sebanyak 142 set kelengkapan persekolahan telah diagihkan kepada 142 pelajar asnaf manakala sejumlah 250 kotak makanan pula disalurkan kepada ketua keluarga di sana.
Program pada hari ini telah disempurnakan oleh Encik Rohizan bin Haji Omar, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk .
Turut hadir pada program tersebut Encik Mohd Fattar bin Jamaluddin, Pengerusi Surau dan pusat dakwah masyarakat Orang Asli Simpang Pulai dan Encik Zulkifli bin Dollah, AJK Masjid Al- Kholidi, Kg. Sengat.
Alhamdulillah, program penyerahan kelengkapan sekolah dan kotak makanan yang melibatkan 3 (tiga) daerah iaitu Ipoh, Kampar dan Batu Gajah telah selesai. Terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat menjayakan program ini bermula hujung Disember 2023.
Saksikan suasana sepanjang program berlangsung di https://fb.watch/pK8zNwfmda/