MAJLIS PENGURNIAAN WATIKAH ANGGOTA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK BAGI PENGGAL 2024 - 2025, HAKIM MAHKAMAH SYARIAH NEGERI PERAK SERTA MAJLIS PENYERAHAN ZAKAT
IPOH, 12 Januari 2024 - Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur- Lah, mengikut seksyen 11, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004 telah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada Yang Dipertua dan anggota Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak (MAJLIS) bagi penggal 2024 - 2025.
Mendahului penerima watikah YAB. Dato' Seri Saarani bin Mohamad, Menteri Besar Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Negeri Perak, YABhg. Tan Sri Mohd. Annuar bin Zaini dilantik sebagai Yang Dipertua MAJLIS serta enam (6) ahli atas nama jawatan iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Penasihat Undang- Undang Negeri Perak, Pegawai Kewangan Negeri Perak, Mufti Negeri Perak, Ketua Hakim Syarie Negeri Perak serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Tujuh (7) anggota pada penggal 2021 - 2023 dilantik semula, sementara 13 anggota baharu dilantik bagi penggal 2024 - 2025.
Dalam hasrat Majlis Agama lslam dan ‘Adat Melayu Perak mengimarahkan masjid agar berperanan lebih aktif dan menyeluruh terutamanya dalam bidang pendidikan, pembangunan, modal insan, belia, pencemaran alam sekitar, dan keterjaminan makanan, DYMM Paduka Seri Sultan berkenan melantik anggota-anggota baharu yang mewakili jabatan atau organisasi berikut :-
1. Jabatan Pendidikan Negeri Perak;
2. Jabatan Pertanian Negeri Perak;
3. Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak;
4. Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak;
5. Yayasan Perak dan
6. Majlis Belia Negeri Perak.
MAJLIS diterajui oleh anggota berwibawa, berpengalaman luas, mahir dan mempunyai pemikiran strategik dalam pelbagai bidang serta disiplin ilmu. Komposisi anggota MAJLIS yang dilantik terdiri daripada ahli korporat, akademik, undang-undang, hukum syarak dan juga ketua jabatan dalam bidang berkaitan yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran masing-masing bagi membantu MAJLIS memperkasakan ummah di negeri Perak.
Pelantikan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak dan Pengurus Besar Yayasan Perak merupakan pakatan strategik menjayakan idea dan hasrat memperkasa pendidikan anak asnaf. Manakala, pelantikan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Neger i Perak dan Presiden Majlis Belia Negeri Perak akan dapat memberi impak dan nafas baru mengintegrasikan pengetahuan serta kepakaran bagi merealisasikan hasrat menarik belia melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti di masjid dan surau.
Sementara itu, pelantikan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak, bertujuan membantu MAJLIS mempromosikan kempen memelihara alam sekitar dan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Perak pula diharapkan dapat membantu menangani isu keterjaminan makanan. Seterusnya, pelantikan Tuan Haji Zulkifli bin Ahmad akan dapat memberi kefahaman dan berkongsi kepakaran membantu memperkasa pendidikan komuniti orang asli lslam.
Pada majlis yang sama, baginda turut berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada YAA Dato’ Haji Mohd Amran bin Mat Zain sebagai Hakim Mahkamah Utama Syariah Negeri Perak dan YA Tuan Hj. Mohamad Taifor bin Ahmad Rusdi sebagai Pengerusi Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Perak. Selain itu, pelantikan YA Puan Hajah Noor Hadina binti Haji Ahmad Zabidi telah mengukir sejarah baharu di negeri Perak kerana beliau merupakan wanita pertama dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Perak. Senarai hakim yang dilantik dan menerima watikah.
Selanjutnya, baginda berkenan menerima penyerahan zakat perniagaan serta wakaf kepada Majlis Agama lslam dan 'Adat Melayu Perak. Sepuluh (10) buah syarikat korporat dan individu menunaikan zakat perniagaan berjumlah RM7,697,167.71 dan wakaf tunai berjumlah RM100 ribu.