50 Pelajar Orang Asli Terpilih Mengikuti Program Motivasi Cemerlang Sahsiah Terbilang
IPOH, 31 Dis 2023- Program Motivasi Cemerlang Sahsiah Terbilang anjuran Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah berlangsung selama 3 hari di Hotel Seri Malaysia bermula 29 hingga 31 Disember 2023 melibatkan 50 orang pelajar dari 12 perkampungan Orang Asli daerah Ipoh dan Batu Gajah.
MAIPk bukan sahaja memberi sumbangan bantuan malah prihatin terhadap pembangunan akademik serta aktiviti dakwah kepada masyarakat orang asli negeri Perak. Program yang bertemakan “PEMIMPIN PENERAJU AGAMA DAN NEGARA” oleh Ustaz Ahmad Rashidy bin Abdul Samad, penceramah dari Akademi As-Shamshi dirangka khusus bagi membina dan memupuk keperibadian terpuji di kalangan belia Orang Asli.
Turut hadir menyempurnakan Majlis Penutup Program Motivasi Pelajar Cemerlang Sahsiah Terbilang ialah Encik Rohizan bin Haji Omar, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat.
Terima kasih kepada Mubaligh dan Penggerak Masyarakat Orang Asli negeri Perak dalam usahasama menjayakan program keislaman seperti ini.
Semoga syiar Islam terus berkembang dengan memperkasakan komuniti orang asli menjadi pemimpin Islam setempat dan agen perubahan serta pembangunan masyarakat mereka.
#ZakatPerak
#maipk
#JomTunaikanZakat