• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK TAHUN 2024

PERMOHONAN BANTUAN PERSEKOLAHAN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ‘ADAT MELAYU PERAK TAHUN 2024

Bantuan Persekolahan adalah skim bantuan di bawah asnaf FAKIR MISKIN. Bantuan adalah dalam bentuk kewangan.

Permohonan boleh dibuat mulai 15 Disember 2023 sehingga 31 Mac 2024.

Pelajar yang telah menerima Bantuan Persekolahan tahun 2023 tidak perlu membuat permohonan KECUALI yang tergolong dalam kategori berikut:
✅ Kemasukan ke darjah 1 sesi persekolahan tahun 2024
✅ Kemasukan ke tingkatan 1 sesi persekolahan tahun 2024
✅ Pelajar yang terlibat dengan pertukaran sekolah
✅ Tidak pernah memohon bantuan persekolahan

Jika anda menepati semua syarat yang ditetapkan, sila dapatkan borang permohonan di pejabat-pejabat pentadbiran MAIPk yang berdekatan dan hantarkan sebelum tarikh tutup.

Dokumen yang perlu dilampirkan:
1. Borang permohonan yang telah dilengkapkan;
2. Salinan kad pengenalan pemohon dan semua ahli isi rumah;
3. Salinan maklumat akaun bank ibu/bapa atau penjaga;
4. Salinan penyata pendapatan ibu/bapa atau penjaga (slip gaji / pengesahan pendapatan daripada penghulu;
5. Salinan sijil nikah/ cerai/ kematian (jika berkaitan); dan
6. Salinan surat pengesahan sakit oleh Pegawai Perubatan Kerajaan (jika berkaitan).

Borang juga boleh diperolehi melalui pautan https://bit.ly/3RjAFAE / imbas kod QR di bawah.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.