Forum Zakat di Hospital Bahagia Ulu Kinta
13 Disember 2023 - Bertempat di Dewan Bahagia, Hospital Bahagia Ulu Kinta (HBUK) telah berlangsung Kursus Pengurusan Zakat anjuran MAIPk dengan kerjasama HBUK.
Tujuan utama program tahunan ini dianjurkan adalah untuk memasyarakatkan zakat atau dengan erti kata lain, untuk memperkaya pengetahuan masyarakat mengenai konsep zakat.
Lebih 150 orang kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Perak daripada pelbagai jawatan turut hadir dalam program ini.
Program bermula dengan sesi taklimat zakat yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Faiz bin Zakaria, Pengurus Unit Dakwah, Bahagian Pemasaran MAIPk. Antara penekanan yang disampaikan termasuklah keistimewaan 100% Rebat Cukai yang diberikan kepada pembayar zakat.
Program berakhir dengan Forum Zakat yang menampilkan Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk, Ustaz Suhaimi bin Yusof bergandingan bersama Pendakwah Bebas terkenal, Dato' Ustaz Mohd Kazim bin Elias.
Alhamdulillah, program hari ini berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari semua pihak. Kakitangan Jabatan Kesihatan Negeri Perak yang hadir juga turut berkesempatan menunaikan tanggungjawab zakat mereka terutamanya yang masih belum mendaftar dengan Skim Potongan Zakat Berjadual (SPZB).
Semoga dakwah zakat dapat diperluaskan lagi ke seluruh institusi awam/swasta di Negeri Perak. Kepada yang belum berzakat, anda boleh membuat pembayaran secara online di https://ezakat.maiamp.gov.my/ sebelum 31 Disember 2023 untuk melayakkan anda mendapat rebat cukai pendapatan.
Jangan lepaskan peluang untuk berzakat. Zakat anda, kami agihkan.