• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

MAIPk AGIH RM31.6 JUTA DI BAWAH PROGRAM PEMERKASAAN PENDIDIKAN

PARIT BUNTAR, 9 Disember 2023 – Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengagihkan sebanyak RM31.6 juta bantuan zakat kepada asnaf fakir miskin, fisabilillah, ibnu sabil dan muallaf di bawah Program Pemerkasaan Pendidikan sehingga 30 November 2023. Di bawah skim ini seramai 121,789 orang penerima bantuan dari asnaf fisabilillah menunjukkan rekod tertinggi menerima manfaat zakat dengan jumlah agihan bantuan sebanyak RM20 juta.

Skim terdiri dari bantuan persekolahan, bantuan am pelajaran, bantuan dermasiswa dalam negara, bantuan dermasiswa luar negara , skim biasiswa pelajaran baitulmal, skim latihan kemahiran asnaf, bantuan pembangunan modal insan, dan program pemurnian akidah serta akhlak.

MAIPk telah menganjurkan Program Motivasi dan Pembangunan Sahsiah Unggul Peringkat Daerah Kerian di bawah skim bantuan pembangunan modal insan melibatkan seramai 150 orang murid tahun 6 dan ibu bapa dengan dua pengisian slot kerohanian oleh Dr.Noraini binti Mat Husin dari Unit Rheumatologi, Jabatan Perubatan dan Encik Mohd Naufal bin Azid@Aziz, Ketua Unit Psikologi dan Kaunseling dari Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun.

Program ini mendapat kerjasama dari Pejabat Pendidikan Daerah Kerian telah berjaya memberi pendedahan dan persediaan awal kepada murid-murid cabaran yang bakal dihadapi setelah menginjak usia remaja seterusnya melahirkan insan yang berdisiplin dan bersahsiah unggul.

Turut hadir di Majlis Perasmian Penutup Program Motivasi dan Pembangunan Sahsiah Unggul Peringkat Daerah Kerian di Dewan Kerian Permai ialah Encik Rohizan bin Haji Omar, Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat , Tuan Mohd Paku Razi bin Min, Pegawai Pendidikan Daerah Kerian, Encik Zolkefli bin Jamaluddin, Timbalan PPD Pembangunan Murid, dan Encik Amirudin bin Osman, Pegawai Baitulmal Daerah Parit Buntar.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.