20 Asnaf MAIPk Menyertai Kursus Ternakan Lebah Kelulut
28 November 2023 – Seramai 20 orang peserta telah tamat Kursus Ternakan Lebah Kelulut anjuran MAIPk. Kursus ini telah dijalankan di KKTM Lenggong selama 3 hari 2 malam dengan kerjasama My Iqra Solutions.
Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan asas secara teori dan praktikal berkaitan industri lebah kelulut yang semakin berkembang serta berpotensi meningkatkan taraf sosioekonomi .
Harapan kami agar peserta boleh memulakan penternakan lebah kelulut dengan kemahiran yang dipelajari seterusnya membantu meningkatkan sumber pendapatan sama ada secara kecil-kecilan mahupun ternakan komersial.