BANTUAN MODAL : AYAM GUNTING SHASHA
SELAMA - Adat berniaga di pinggir jalan ada pasang surut dan untung ruginya. Jualan akan berkurangan apabila hari hujan. Nasib kurang baik, khemah dan barangan jualan akan berterbangan apabila angin kuat. Berhujan dan berpanas sudah menjadi asam garam peniaga jalanan.
Bugitulah resam hidup yang dijalani salah seorang peniaga pinggir jalan di Kampung Teras, Ijok ini. Encik Ahmad Zaffar bin Nik Hing kini berusia 61 tahun. Pada tahun 2022 yang lalu, dia menerima bantuan modal daripada MAIPk berjumlah RM6610. Bantuan tersebut termasuklah sebuah peti ais, kaki meja lipat, kanopi, penimbang buah dan raga sayur.
Encik Zaffar dan isterinya sudah 10 tahun berniaga menjual buah-buahan, tempoyak dan ayam gunting di pasar-pasar berhampiran tempat tinggal mereka. Pendapatan bulanan sekitar RM1200 digunakan untuk menyara persekolahan tiga orang anaknya. Encik Zaffar juga menghidap kencing manis, darah tinggi dan asma. Dia masih lagi memerlukan rawatan susulan.
Akhir-akhir ini hujan lebat dan angin kuat, khemah dan peralatan berniaga mereka patah dan rosak teruk. Untuk membeli yang baharu mereka kekurangan modal. Untuk terus berniaga, Encik Zaffar terpaksa meminjam barangan tersebut daripada kenalan buat sementara waktu. Encik Zaffar memohon bantuan daripada MAIPk agar dapat menjalankan perniagaannya seperti biasa.
Syukur MAIPk Daerah Selama meluluskan bantuan modal untuk menggantikan peralatan mereka yang patah. Bantuan tersebut berjumlah RM3680. Terima kasih muzakki. Dana zakat anda telah meringankan bebanan Encik Zaffar yang dalam kesusahan. Teruskan menyokong kami dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CyU5KjXPSbF/?hl=en