PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI ASNAF : KURSUS PEMBUATAN PUSARA DAN BATU NISAN
PAYA JARAS – Bertarikh 09 hingga 15 Oktober 2023, MAIPk melalui Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A) telah mengadakan Kursus Pembuatan Pusara dan Batu Nisan. Seramai enam orang peserta tajaan MAIPk telah dihantar pada kali ini. Mereka adalah Encik Noor Hamdan bin Ghulam Mohamed, Encik Noor Azhan bin Ahmed Noor Azalan , Encik Mohamad Zharul Azhwan, Encik Mohd Helmee bin Abdul Jalil, Encik Muhammad Syafiq bin Syriful Nizam dan Abdul Nasir bin Abu Bakar
Kursus intensif ini telah diadakan di sebuah bengkel di Paya Jaras, Selangor, milik syarikat Fitrah Enterprise yang juga merupakan penyedia latihan yang dilantik MAIPk bagi membimbing dan memberi pengetahuan serta tunjuk ajar secara teori dan praktikal mengenai SOP, proses penyediaan dan teknik dalam pembuatan pusara dan batu nisan.
Fitrah Enterprise adalah sebuah syarikat yang mempunyai pengalaman mahir dalam pembuatan pusara dan batu nisan, yang juga merupakan salah sebuah syarikat yang lahir daripada Skim Usahawan Asnaf Lembaga Zakat Negeri Selangor. Inilah harapan kami sebagai agensi pentadbir yang menguruskan kutipan dan agihan zakat untuk melihat para asnaf dapat berjaya melalui bantuan dan skil yang diterapkan, supaya mereka mampu membantu asnaf lain pada masa akan datang.
Sesi taklimat dan akujanji turut diadakan kerana kursus ini juga mensasarkan agar peserta yang ditaja memahami matlamat dan tujuan kursus serta berjanji melaksanakan perusahaan sebagai satu tuntutan amanah dan fardhu kifayah. Teruskan menunaikan kewajipan zakat anda dengan Zakat Perak-MAIPk. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CyR49P4hV_e/?hl=en