• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : BERBAKTI KEPADA IBU

KUALA KANGSAR - Penat lelah dan pengorbanan ibu melahirkan dan membesarkan tidak pernah mampu dibalas oleh seorang anak walau dengan segunung emas. Begitu besarnya pengorbanan yang dilakukan golongan ibu untuk membesarkan zuriat mereka. Sekalipun mereka tidak pernah menuntut balasan atas kebaikan tersebut namun sebagai anak, hargailah jasa dan pengorbanan mereka. Sayangilah mereka dan berkhidmatlah semampu kita.

Demikianlah yang dilakukan oleh anak Puan Hamisah binti Khamis. Anak-anaknya menjaganya di rumah mereka yang terletak di Kampung Temin, Sungai Siput (U). Pada usia emas ini, dia diuji dengan penyakit darah tinggi dan masalah paru-paru yang kronik. Dia perlu bergantung dengan mesin oksigen dan mesin sedut kahak untuk membantunya bernafas dengan lebih baik.

Keadaan Puan Hamisah yang bertambah uzur itu juga memerlukan bantuan susu perubatan yang disalurkan melalui Ryles Tube untuk menampung nutrisi keperluan bandannya. Dia juga perlu dipakaikan lampin pakai buang kerana sudah tidak mampu menguruskan dirinya lagi.

Susu dan lampin pakai buang dibeli sendiri anak dan menantunya. Ryles tube ditukar oleh jururawat klinik kesihatan tanpa bayaran. Kerana harga yang mahal, mereka terpaksa menyewa mesin oksigen dan mesin sedut kahak dengan sewaan bulanan sebanyak RM680. Ekoran pendapatan bulanan yang terhad, mereka terpaksa memohon bantuan daripada MAIPk untuk bantuan kos sewaan kedua-dua mesin tersebut.

Syukur MAIPk meluluskan bantuan sewaan mesin oksigen dan mesin sedut kahak untuk tempoh 6 bulan bermula bulan Ogos 2023 sehingga Januari 2024. Semoga bantuan ini meringankan bebanan yang ditanggung oleh mereka. Teruskan membantu mereka yang memerlukan dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Anda kini boleh berzakat melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Cx98s9FvuO8/?hl=en


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.