• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI ASNAF : RM2 JUTA DANA PENGGERAK USAHAWAN MAIPk

PROGRAM PEMERKASAAN EKONOMI ASNAF : RM2 JUTA DANA PENGGERAK USAHAWAN MAIPk

IPOH, 15 September 2023  - Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) memperuntukkan dana sehingga RM2 juta setahun bagi melahirkan usahawan asnaf di bawah Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (Proper A). Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat MAIPk, Encik Rohizan Omar berkata, sejak program itu dilaksanakan pada tahun 2016, seramai 1,667 orang telah dilatih dan dibimbing oleh penyedia latihan yang dilantik MAIPk. Kini telah lebih 1,500 orang usahawan berjaya diwujudkan sekali gus membawa mereka keluar daripada belenggu kemiskinan. Potensi mereka ini akan digilap agar lebih berjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Setiap tahun kita akan melatih antara 200 hingga 300 orang asnaf dengan peruntukan setiap orang berjumlah RM10,000.

Terima kasih kepada rakan-rakan pengamal media yang telah menghadiri dan memberi liputan untuk Majlis Penyampaian Kit Permulaan Perniagaan Program Pemerkasaan Asnaf 2023, Spa dan Kecantikan : Perbidanan. Pada majlis tersebut seramai 20 peserta telah menerima kit permulaan perniagaan di bawah seliaan D Alam Spa di bawah bimbingan Pengurus D Alam Spa, Rosdziah Mohd. Zainudin.

Diharap agar lebih ramai lagi usahawan asnaf akan dapat dilahirkan pada masa akan datang sekaligus meningkatkan ekonomi ummah khususnya dalam negeri Perak.
Dana zakat anda bukan sekadar meringankan bebanan asnaf yang memerlukan malah inilah bukti zakat dapat membantu menjana ekonomi asnaf dengan kaedah yang efisyen. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk

https://www.instagram.com/p/CxRgHD0P2sm/?hl=en


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.