PROGRAM TAUTAN MAHABBAH MAIPk
SERI ISKANDAR – Pasukan ziarah asnaf MAIPk telah mengunjungi rumah-rumah asnaf di Daerah Seri Iskandar untuk menyantuni dan menyampaikan bantuan barangan keperluan dapur dan wang saguhati. Tiga buah rumah asnaf di Mukim Belanja dan Mukim Layang-layang telah diziarahi. Selain memberikan sumbangan barangan keperluan dapur dan wang saguhati, beras fidyah juga diserahkan kepada rumah asnaf yang dilawati. Ziarah secara berkala ini turut disertai oleh beberapa orang pegawai MAIPk, iaitu Encik Muhamad Qayyum bin Halil, Encik Bukhairi bin Abdul Rahman, Puan Norzieana binti Mior Norahan dan Cik Nurul Haiza binti Miyor Mokhtar.
Antara yang dikunjungi adalah Encik Muhammad Nazri bin Ariffin, yang menetap di Kampung Baru, Parit. Dia sebelum ini bekerja kampung. Kini, dia tidak lagi dapat bekerja kerana menghidap penyakit jantung. Encik Nazri diuji dengan kematian anak kembarnya akibat kes langgar lari pada 22 Ogos 2023 yang lalu. Tragedi yang membawa maut itu berlaku di Batu 30, Jalan Lebuhraya Ipoh-Lumut. Kami menerima khabar duka ini daripada Penghulu Mukim Layang-Layang, Encik Mohd Mochtar Bin Mustaffa. MAIPk Daerah Seri Iskandar berkunjung ke rumah Encik Nazri untuk menyampaikan ucapan takziah dan dalam masa yang sama juga untuk melihat jika ada sebarang keperluan keluarga yang boleh dibantu.
Insya-Allah kami akan kongsikan juga kunjungan kami ke rumah asnaf yang lain dalam siaran akan datang. Teruskan mengikuti media sosial MAIPk untuk mengetahui program dan aktiviti yang telah dilakukan dalam menyantuni asnaf. Kesusahan mereka adalah tanggungjawab kita. Tunaikan zakat anda dengan Zakat Perak-MAIPk. Untuk berzakat melalui online FPX klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk