SERAHAN ZAKAT PERNIAGAAN KOPERASI PESERTA-PESERTA FELCRA MALAYSIA BERHAD
IPOH,14 September 2023 - MAIPk menerima sumbangan zakat perniagaan daripada Koperasi Peserta-Peserta Felcra Malaysia Berhad (KPFB) berjumlah RM14,074.55. Satu majlis penyerahan zakat telah diadakan di Bilik Mesyuarat di aras 2, Bangunan Kompleks Islam Darul Ridzuan. Zakat perniagaan diserahkan oleh Pengerusi KPFB, YBhg. Dato’ Sabari Bin Misran. KPFB juga diwakili bersama-sama dengan ahli-ahli Lembaga Pengarah Koperasi Negeri Perak, Encik Abu Bakar bin Rose, Encik Rosli bin Mat serta Pengurus Besar KPFB, Encik Sulaiman bin Jaafar.
Pada majlis penyerahan zakat tersebut telah diterima oleh Pengurus Besar Bahagian Pemasaran MAIPk, AF Ustaz Suhaimi Yusoff dan turut disaksikan oleh Ustaz Ahamad Muzammil Arbain serta Ustaz Faiz Zakaria daripada Bahagian Pemasaran MAIPk. Penghargaan dan terima kasih kepada KPFB atas sokongan kepada MAIPk dan keprihatinan pihak pengurusannya terhadap golongan asnaf di negeri Perak. Semoga segala ibadah yang dilakukan ini akan mendapat sebaik-baik ganjaran daripada Allah SWT. “Daripada Anda, Untuk Mereka”
Tonton video di instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CxK8hWdNhKA/?hl=en