MAIPk PRIHATIN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
Majlis Agama Islam Dan 'Adat Melayu Perak (MAIPk) sangat sensitif dan prihatin dengan isu pendidikan termasuk pendidikan awal kanak-kanak. Sebagai inisiatif, MAIPk menyediakan Kursus Asuhan Permata (KAP) atau kini dikenali sebagai Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak yang mana merupakan kursus yang diwajibkan ke atas pengusaha, penyelia, pengurus, penyelia dan pangasuh yang terlibat dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Inisiatif ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Negeri Perak serta pengusaha-pengusaha taska untuk mengenalpasti kakitangan taska daripada golongan asnaf yang masih belum memiliki pensijilan KAP sebagai sasaran peserta.
Usaha ini bertujuan membantu kumpulan sasaran tersebut memiliki pensijilan dan seterusnya dapat memberi implikasi kualiti pengasuhan dalam perkhidmatan asuhan awal kanak-kanak di taska.
Reena Learning & Development telah dilantik sebagai penyedia Latihan untuk mengendalikan kursus kepada 36 orang peserta yang terpilih. Kursus dikendalikan bertempat di Hotel Taiping Perdana pada 2 September 2023 dan dijangka tamat pada Oktober 2023 yang dijalankan secara hybrid.
Pelbagai aktiviti dan pengisian dilaksanakan bagi memastikan objektif program tercapai.