• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BAIK PULIH RUMAH : TERATAK ABAH

Puan Latifah binti Harun sudah bertahun-tahun hidup dengan kenangan manis Almarhum suaminya. Dia bersama-sama seorang anaknya tinggal berteduh di rumah pusaka Almarhum bapanya di Kampung Gajah. Dia tidak lagi mampu bekerja. Anak yang tinggal bersama-samanya itulah yang selalu menjaganya.

Puan Latifah tidak boleh dibiarkan sendirian di rumah. Dia menghidap penyakit tekanan darah rendah. Apabila anaknya keluar bekerja, dia sering menghubungi ibunya bagi memastikan keselamatan ibu tercinta. Meskipun tidak bekerja, Puan Latifah menerima bantuan JKM sebanyak RM500 bagi menampung perbelanjaannya dan kos ulang alik untuk mendapatkan rawatan susulan di Klinik Kampung Gajah.

Rumah pusaka tersebut kian reput di kebanyakan bahagian dinding dan atapnya. Sudah bertahun-tahun mereka tidak naik ke tingkat atas rumah kerana kebanyakan bahagian sudah reput dan dimakan anai-anai. Keadaan rumahnya bertambah parah apabila tiba musim hujan, atapnya bocor di merata-rata tempat. Puan Latifah memohon Bantuan Baik Pulih Rumah daripada MAIPk.

Syukur MAIPk Daerah Kampung Gajah meluluskan permohonannya. Kini rumah pusaka tersebut telah dibaik pulih. Dinding dan atap yang reput telah diganti. Kos baik pulih rumah tersebut berjumlah RM20,000. Semoga bantuan ini meringankan bebanan yang ditanggung oleh Puan Latifah selama ini.

Terima kasih kepada muzakki yang sentiasa bersama-sama kami. Dana zakat anda kali ini telah membantu Puan Latifah membaik pulih kerosakan rumahnya. Teruskan menyokong kami dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Semoga lebih banyak asnaf yang dapat kami santuni melalui dana zakat yang ditunaikan. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di instagram
https://www.instagram.com/p/CwzY6hbIm3p/?hl=en

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.