• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN BULANAN : REZEKI ANAK-ANAK

Encik Atanmudin bin Said bersama-sama isteri dan sembilan orang anaknya tinggal menumpang di rumah bekas Ketua Kampung Permatang Kerian, Sungai Tinggi. Walaupun rumah tersebut kecil dan sempit, namun mereka sekeluarga tetap bersyukur kerana masih mempunyai tempat untuk berteduh.

Encik Atan bekerja sebagai nelayan. Turun mencari hasil sungai. Purata pendapatannya sekitar RM800 sebulan. Namun pendapatannya akan berkurangan sekiranya musim hujan. Pendapatan yang kecil dan tidak menentu itu memaksa Encik Atan memohon bantuan sara hidup daripada MAIPk.

Walaupun hidup dalam serba kekurangan, Encik Atan tidak pernah mengabaikan pelajaran anak-anaknya. Dia berusaha memenuhi keperluan sekolah anak-anak. Kerana dia yakin, kejayaan dalam pelajaran yang bakal mengubah hidup mereka kelak. MAIPk Daerah Larut Matang meluluskan permohonannya. Encik Atan menerima bantuan sara hidup bulanan sebanyak RM350. Semoga bantuan ini meringankan bebanan Encik Atan.

Terima kasih muzakki yang sentiasa bersama-sama MAIPk. Dana zakat anda membantu mereka yang memerlukan. Asnaf yang menerima bantuan sentiasa mengucapkan syukur dan terima kasih atas bantuan yang dihulurkan. Teruskan membantu mereka dengan menunaikan zakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Daripada Anda, Untuk Mereka. Berzakatlah melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CwuaCDHvCMx/?hl=en

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.