• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : PENERUS KEHIDUPAN

LENGGONG - Encik Puad bin Abu Bakar, anak kelahiran Kampung Kelantan, Kuak. Menangkap hasil sungai merupakan pekerjaan hakikinya. Anak-anak dibesarkan dengan hasil menangkap ikan. Namun, segalanya berubah. Bulan Oktober 2022 yang lalu, Encik Puad terkena serangan stroke. Sejak itu dia terlantar, tidak dapat menguruskan diri. Apatah lagi ingin mencari rezeki buat keluarga. Perbelanjaan dia dan isteri dibantu oleh anak-anaknya.

Mereka tinggal di rumah pusaka yang terletak di kampung tersebut. Dia perlu berulang alik ke Hospital Taiping dan Hospital Kuala Kangsar untuk mendapatkan rawatan susulan. Selain perlu memakai lampin pakai buang dan minum susu khas, Encik Puad juga menghidap astma yang kronik. Dia memerlukan dua inhaler biru untuk kegunaan seminggu. Encik Puad merupakan penerima bantuan wang tunai MAIPk sebangak RM2000 bagi menampung keperluan perubatannya.

Baru-baru ini, Team Ziarah Asnaf MAIPk Daerah Lenggong menziarahi Encik Puad. Kunjungan kami untuk bertanya khabar dan menyerahkan sedikit bantuan keperluan barangan dapur dan juga saguhati wang tunai. Semoga kesihatan Encik Puad bertambah baik. Amin!

Terima kasih muzakki yang sentiasa di sisi MAIPk. Dana zakat anda penerus usaha kami untuk menyantuni golongan yang memerlukan. Masih banyak tangan yang menunggu untuk disambut. Bantu mereka dengan menunaikan zakat kepada Zakat Perak MAIPk. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Cwmk3ihRcje/?hl=en

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.