• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : UJIAN HIDUP

LENGGONG - Team Ziarah Asnaf MAIPk Daerah Lenggong siri ke-2 mengunjungi rumah Encik Mior Suhaimi bin Barudin di Kampung Banggol Belimbing. Encik Mior terlantar sakit dan masih bergantung kepada mesin bantuan pernafasan. Encik Mior terlibat dengan kemalangan jalan raya pada bulan Julai yang lalu.

Sebelum ini, Encik Mior merupakan tulang belakang keluarga yang menyara ibunya yang kurang sihat. Ayahnya sudah lama meninggal dunia. Encik Mior merupakan usahawan asnaf MAIPk yang mengusahakan kedai gunting rambut di kampung tersebut. Sejak terlibat dengan kemalangan, mereka hilang punca pendapatan. Perbelanjaan bulanan bergantung kepada sumbangan dan bantuan yang dihulurkan.

Encik Mior mempunyai seorang abang dan kakak ipar yang tinggal bersama-sama. Abangnya yang bertugas sebagai bilal masjid terpaksa bercuti untuk sementara bagi menguruskan Encik Mior yang terlantar. Abangnya telah memohon bantuan daripada MAIPk untuk membeli susu khas dan lampin pakai buang buat keperluan Encik Mior. MAIPk Daerah Lenggong telah menyerahkan bantuan perubatan tersebut. Bantuan berupa bekalan lampin pakai buang dan susu khas itu berjumlah RM1189.

Kunjugan kami bertujuan melihat perkembangan Encik Mior. Kami juga membawa sedikit sumbangan barangan keperluan dapur dan wang saguhati untuk mereka. Semoga terus sihat dan dapat bekerja seperti biasa.

Terima kasih kepada muzakki yang sentiasa bersama-sama kami. Dana zakat anda meringankan bebanan asnaf yang ditimpa musibah. Hari ini kita membantu mereka, kelak kita pula yang akan dibantu. Jika tidak di dunia, kita bakal memperoleh pertolongan di akhirat kelak. Tunaikan kewajipan zakat anda kepada Zakat Perak-MAIPk melalui online FPX klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CwjKQkvJAnY/?hl=en

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.