• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN PERUBATAN : TEMPUHI BERSAMA-SAMA

LENGGONG - Baru-baru ini team ziarah asnaf Lenggong siri ke-2 telah mengunjungi rumah Puan Zaiton binti Darbi di Kampung Gelok. Puan Zaiton menghidap kencing manis dan darah tinggi yang kronik. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, Puan Zaiton terlantar dan tidak dapat menguruskan dirinya. Suaminya yang sebelum ini berniaga kedai makan tidak lagi dapat berniaga kerana perlu menguruskan kebajikan Puan Zaiton.

Sejak suaminya tidak dapat bekerja, mereka hilang punca pendapatan. Berbekalkan baki wang simpanan dan ehsan daripada keluarga mereka menampung keperluan harian mereka. Suaminya juga masih perlu menanggung keluarga di kampung.

Sejak Puan Zaiton terlantar, dia perlu dipakaikan lampin pakai buang dan minum susu khas untuk menampung nutrisi keperluan badannya. Susu tersebut agak mahal. Kos susu dan lampin setiap bulan sekitar RM1400. Syukur MAIPk menghulurkan bantuan perubatan berupa katil, bekalan lampin pakai buang dan susu khas untuk tempoh 6 bulan. Bantuan tersebut berjumlah RM10,508.

Demikianlah betapa pentingnya dana zakat anda. Mereka sendiri tidak menyangka akan melalui ujian sebegini. Hilang punca pendapatan secara tiba-tiba kerana faktor kesihatan. Terus membantu golongan tidak bernasib baik ini dengan menunaikan zakat. Bantu mereka keluar daripada penjajahan kemiskinan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CwXR1AcJY9I/?hl=en

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.