• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

PROGRAM INTERVENSI KECEMERLANGAN PELAJAR TINGKATAN 5

Alhamdulillah kami menutup tirai Program Intervensi Kecemerlangan Pelajar Tingkatan 5 Sesi Ke-2. Program ini telah berlangsung selama tiga hari dua malam bermula dari 18 sehingga 20 Ogos 2023. Program yang akan berakhir pada tengah hari semalam telah disertai oleh 61 orang pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan, Tapah.

Program siri pertama pada bulan lalu telah melibatkan kerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Kinta Utara. Pada siri kedua ini pula, Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak bekerjasama dengan Pejabat Pendidikan Daerah Batang Padang dan sekolah yang terpilih. Institut Latihan Felda, Sungkai telah dipilih sebagai lokasi program kecemerlangan pada siri kali ini.

Unit Pemerkasaan Pendidikan Asnaf MAIPk sentiasa proaktif dalam menjalankan usaha-usaha sebegini. Semoga usaha yang digiatkan melalui dana zakat yang diamanahkan ini tercapai matlamatnya serta memberikan manfaat kepada para peserta. Semoga perkongsian daripada guru-guru berpengalaman dan motivasi pemangkin jati diri tersebut dapat membakar semangat para peserta untuk mencipta kejayaan dalam peperiksaan yang bakal tiba. Buat semua peserta, teruskan berusaha untuk memacu kejayaan. Syabas dan semoga berjaya kepada calon-calon SPM ini!.

Terima kasih diucapkan kepada muzakki kerana terus bersama-sama MAIPk. Dana zakat anda pemangkin kejayaan mereka. Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk agar program-program sebegini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang. Masa depan negara yang cemerlang, bermula daripada generasi yang terdidik. Tekad membawa berkat! Tunaikan zakat anda melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CwMfzbINC88/?hl=en

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.