• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

ZIARAH KORPORAT MAIPk 2023

1. Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) telah mengadakan Program Ziarah Korporat MAIPk (PZKM) 2023 pada 8 Ogos hingga 9 Ogos 2023 di daerah Larut Matang dan Selama. Peserta yang terlibat terdiri daripada pelbagai agensi seperti syarikat korporat, GLC dan para media.

2. Peserta PZKM telah menziarahi golongan asnaf terdiri daripada penerima bantuan kewangan, perubatan, bina dan baik pulih rumah, modal dan pemerkasaan asnaf. Peserta turut menyantuni asnaf dari rumah ke rumah dengan menyampaikan sumbangan bantuan kewangan dan bantuan kotak makanan oleh MAIPk.

3. PZKM merupakan program berkonsepkan konvoi dan ziarah memberi peluang setiap peserta melihat sendiri secara langsung peranan yang dimainkan oleh MAIPk membantu masyarakat melalui dana zakat. Peserta diberi pendedahan kehidupan asnaf di samping dapat beramah mesra serta mengeratkan silaturrahim antara pembayar zakat dan penerima zakat.

4. Sebanyak 28 buah rumah telah diziarahi dan disantuni oleh para peserta melibatkan 60 orang peserta terdiri daripada 28 agensi syarikat.

5. PZKM juga merupakan platform terbaik untuk agensi atau individu korporat menzahirkan rasa keprihatinan terhadap saudara Islam yang kurang bernasib baik dalam kehidupan mereka. Ini bertepatan hadis Riwayat Muslim - Daripada Anas R.A sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.”

6. Disamping itu, MAIPk turut melancarkan aplikasi Zakat Perak bersempena PZKM khusus untuk pembayar zakat perniagaan negeri Perak. Kemudahan aplikasi Zakat Perak ialah :

i. Sijil Digital – sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada syarikat syarikat dan invidu-individu di atas kesetiaan dan komitmen membayar zakat kepada MAIPk.

ii. Logo beserta QR Code – sebagai platform hebahan dan dakwah zakat kepada prospek pembayar zakat perniagaan serta masyarakat dapat mengenal pasti syarikat yang membayar zakat perniagaan dengan mudah.

iii. Memberi akses kepada orang ramai menyemak syarikat yang telah membayar zakat kepada MAIPk seterusnya mendapat info bagi pilihan pengguna daripada promosi barangan dan perkhidmatan oleh syarikat berkenaan.

iv. Menjadi sumber rujukan produk dan pekhidmatan oleh masyarakat Islam bagi menyokong syarikat yang membayar zakat perniagaan untuk agihan asnaf negeri Perak.

7. PZKM dijangka mampu menarik lebih banyak agensi dan individu korporat membayar serta terus konsisten menunaikan ibadah zakat di MAIPk bagi membela nasib asnaf di negeri Perak. Dengan tekad dan kesungguhan melaksanakan ibadah zakat pasti akan dapat mensucikan harta, memperoleh keberkatan, keredaan dan rahmat Allah SWT.

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CvreY3LJkC1/?hl=en
https://www.instagram.com/p/CvtRlLPJtNZ/?hl=en





.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.