BANTUAN BINA RUMAH : HASRAT MURNI
MUALLIM- Puan Ramlah binti Nan merupakan muallaf yang sebelum ini menetap di Selangor. Sejak memeluk Islam, dia menghidap penyakit mistik dan sering mengalami ‘gangguan’. Hal ini menyebabkan rumah tangganya hancur. Kini dia membawa dua orang anaknya pulang ke kampung halaman di Kampung Orang Asli, Sungai Bil, Slim River. Mereka kini tinggal menumpang di rumah pusaka dengan ahli keluarga lain yang bukan Islam.
Dia tidak mempunyai pendapatan tetap. Hanya mengharapkan ehsan ahli keluarga yang bukan Islam. Tinggal sebumbung dengan yang bukan Islam menyukarkan Puan Ramlah. Mereka berkongsi tempat makan dan alatan memasak yang sama. Dia juga khuatir anak-anaknya keliru dan membesar dengan persekitaran sebegitu. Bilangan isi rumah yang ramai dan bilik yang tidak mencukupi juga menyukarkan mereka menjaga batas aurat dengan baik.
Tujuan Puan Ramlah kembali ke kampungnya adalah untuk menjalankan tanggungjawab kepada penduduk setempat yang hanya segelintir beragama Islam dan tidak mendapat pendedahan agama dengan baik. Kampungnya tidak membenarkan pihak bertanggungjawab masuk untuk menyebarkan dakwah. Dia yang mendapat pendedahan agama dan ilmu asas Fardu Ain di Selangor berhasrat menyebar dan mengajarkan ilmu kepada saudara seagamanya di situ. Untuk mencapai hasratnya itu, Puan Ramlah memohon bantuan rumah daripada MAIPk untuk dijadikan pusat sebaran dakwah bagi penduduk setempat.
MAIPk meluluskan permohonannya dan membina rumah baharu itu di tapak yang mendapat keizinan JAKOA. Kunci rumah baharu itu diserahkan oleh Pegawai MAIPk Daerah Muallim, Encik Nabil Fikri bin Mohamad. Terima kasih muzakki. Dana zakat anda kali ini memberikan kemudahan kepada saudara seagama kita untuk mengamalkan agama Islam. Juga secara tidak langsung membantu Puan Ramlah menjadikan rumah tersebut sebagai tempat untuk menyampaikan ilmu agama kepada penduduk kampung tersebut. Teruskan bersama-sama Zakat Perak-MAIPk untuk menyantuni asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CvOoV36sMKq/?hl=en