• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • BANTUAN BINA RUMAH : KEDIAMAN BAHARU YANG LEBIH SELESA DAN SELAMAT

BANTUAN BINA RUMAH : KEDIAMAN BAHARU YANG LEBIH SELESA DAN SELAMAT

GERIK - Mak Cik Tijah binti Melengsing merupakan balu anak tujuh. Kini lima orang lagi anaknya masih tinggal bersama-sama di rumah pusaka mereka yang terletak di Perkampungan Orang Asli Sungai Raba, Gerik. Rumah pusaka itu dibina di atas tanah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA).

Rumah pusaka tersebut telah usang dan banyak bahagian yang perlu dibaiki. Mereka hanya menampal dinding kayu yang reput dengan kayu dan zink terpakai untuk mengelakkan binatang berbisa masuk melalui lubang-lubang yang terbuka. Sebahagian lantai kayu telah reput dan patah. Mereka perlu berhati-hati apabila memijak lantai rumah bagi mengelakkan kecederaan.

Tangga kayu rumah sudah patah kerana dimakan anai-anai. Atap rumah yang sekian lama memayungi penghuninya daripada panas terik dan hujan itu telah reput kerana berkarat dan mengalami kebocoran. Untuk membaik pulih kerosakan rumah tersebut, Mak Cik Tijah tidak mampu. Dia yang hanya suri rumah itu memohon bantuan daripada MAIPk meringankan masalah yang dihadapi mereka sekeluarga.

Siasatan mendapati rumah Mak Cik Tijah tidak lagi dapat dibaiki kerana kerosakan yang teruk. Banyak bahagian kayu yang telah reput dan perlu diganti baharu semuanya. Mesyuarat memutuskan untuk memberikan bantuan rumah baharu kepada Mak Cik Tijah. Rumah baharu tersebut akan dibina di atas tapak yang sama.

16 Jun 2023 yang lalu merupakan penyerahan kunci rumah baharu kepada Mak Cik Tijah dan dua lagi pemilik rumah yang lain. Mereka juga mengalami nasib yang sama seperti Mak Cik Tijah. Penyerahan kunci rumah baharu itu telah dibuat oleh Pengurus Besar Bahagian Agihan Zakat, Encik Rohizan bin Omar bersama-sama Pegawai Baitulmal Daerah Gerik, Encik Zul-Azri bin Hosaini dan mubaligh di kawasan perkampungan asli tersebut iaitu Encik Md Bahari bin Latif. Mak Cik Tijah dan dua lagi penduduk menerima bantuan rumah baharu jenis tiga bilik, berkeluasan 680kp dan bernilai RM61,200.
Terima kasih muzakki. Satu lagi bukti dana zakat anda dimanfaatkan sebaiknya bagi membantu meringankan kesusahan asnaf. Teruskan menyokong kami dan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Untuk berzakat melalui online FPK klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Cu60lXwve0z/?hl=en

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.