BANTUAN MODAL : PERALATAN MASAKAN BANTU TAMBAH PENDAPATAN ASNAF
MUALLIM - Puan Nor Hidayu binti Mohamad Kamar seorang ibu muda yang berjiwa kental. Dia mempunyai empat orang anak. Ketiga-tiga anaknya mendapat pendidikan di Sekolah Khas Kanak-kanak. Salah seorang anaknya tidak boleh bercakap.
Keluarga ini tinggal di kuarters kerajaan kerana suaminya berkhidmat sebagai Pembantu Am di pejabat yang terdekat. Pendapatan bulanan suaminya sekitar RM1200 namun komitmen hutang yang tinggi menjangkau RM900 setiap bulan. Bil bulanan dianggarkan sekitar RM250 dilunasi suaminya. Dalam masa yang sama, suaminya melakukan kerja sambilan dengan mengambil upah membaiki penghawa dingin. Puan Hidayu pula mengambil upah katering dan membuat kuih muih untuk membantu perbelanjaan keluarganya. Dengan pendapatan sekitar RM1500 digunakan untuk membayar komitmen bulanan serta perbelanjaan rumah dan keperluan anak-anak mereka.
Pendapatan bulanan yang terhad menyebabkan Puan Hidayu tidak mampu untuk menggantikan peralatan memasaknya yang telah rosak. Peralatannya yang rosak menyebabkan dia tidak dapat menerima tempahan katering lagi. Perkara ini dibawa oleh Puan Hidayu kepada MAIPk untuk memohon bantuan modal peralatan agar dia dapat menambah pendapatan keluarga melalui hasil masakannya.
Alhamdulillah MAIPk telah meluluskan bantuan modal peralatan untuk membantu Puan Hidayu. Bantuan peralatan berjumlah RM8000 itu berupa tungku dapur, periuk nasi, termos nasi, pinggan mangkuk, ketuhar dan beberapa peralatan yang lain. Diharapkan dengan bantuan ini, Puan Hidayu dapat terus mengambil tempahan makanan untuk menambah pendapatan bulanan keluarga.
Terima kasih muzakki di atas sokongan anda kepada keluarga ini. Teruskan bersama-sama Zakat Perak-MAIPk untuk menyantuni asnaf yang memerlukan. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CuwSmw1JuWr/?hl=en