BANTUAN MODAL : TIDAK BERPUTUS ASA
MUALLIM - Encik Rahimie bin Ros kini berusia 35 tahun. Sejak tidak lagi menjadi Anggota Pertahanan Awam, Encik Rahimie menjadikan aktiviti nelayan sebagai punca pendapatannya dan isteri. Hasil sungai dijual kepada peraih. Pendapatan bulanannya sekitar RM1000 sebulan. Dia juga menerima bantuan bulanan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sebanyak RM250. Dia dan isteri menyewa rumah di Slim River dengan kadar RM400 sebulan.
Pada tahun 2018 yang lalu Encik Rahimie pernah menerima bantuan modal peralatan MAIPk berupa sebuah bot bersama enjinnya sekali. Tahun berganti tahun, enjin botnya mengalami kerosakan dan perlu dibaiki. Encik Rahimie tidak mempunyai peruntukan untuk membaiki enjin tersebut. Pendapatannya hanya cukup untuk membayar rumah sewa dan perbelanjaan dapur mereka suami isteri. Akhirnya Encik Rahimie memohon bantuan baik pulih enjin bot tersebut daripada MAIPk.
Hidup perlu diteruskan. Jika tidak turun ke sungai menangkap ikan dan udang, maka tidak berasaplah dapur rumahnya. Sementara menunggu maklum balas daripada MAIPk, dia meminjam enjin milik rakannya untuk turun ke sungai mencari rezeki. Kebetulan rakannya mempunyai enjin lama yang masih lagi boleh digunakan.
Akhirnya pada penghujung Disember 2022 yang lalu, Encik Rahimie menerima maklum balas berkenaan permohonannya. Permohonannya diluluskan dengan kadar maksimum sebanyak RM1500. Namun pada Januari yang lalu, dia telah menghantar surat penolakan bantuan baik pulih enjin botnya semula. Hal ini berikutan enjin bot miliknya telah karam dan tidak lagi dapat ditemui. Seiring penolakan bantuan baik pulih tersebut, dia memohon bantuan modal untuk membeli enjin bot yang baharu.
Syukur permohonan baharunya juga mendapat maklum balas positif. MAIPk Daerah Muallim menyampaikan bantuan modal peralatan berupa enjin bot yang berharga RM5000. Bantuan tersebut telah diserahkan kepada Encik Rahimie. Terima kasih muzakki. Dana zakat anda kali ini membantu melestarikan pendapatannya melalui hasil sungai. Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Untuk berzakat melalui online FPX klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CuthiKQgPbE/?hl=en