BANTUAN PERUBATAN : KEPERITAN HIDUP
MUALLIM - Encik Bahari bin Jantan atau lebih mesra dengan panggilan Pak Ari kini sudah menjangkau usia 71 tahun. Di penghujung usianya diuji dengan penyakit darah tinggi dan kencing manis kronik. Kini kaki kanannya telah dipotong dan dia terlantar keuzuran.
Kerana tidak dapat menguruskan diri, Pak Ari tinggal menumpang di rumah anaknya. Pak Ari tidak mempunyai sebarang pendapatan mahupun pencen. Kini dia mengharapkan sumbangan anak-anaknya sahaja. Anak dan menantunya berniaga kecil-kecilan menjual kuih-muih, pisang goreng dan air balang di hadapan sekolah yang berdekatan dengan rumah sewa anaknya. Dengan pendapatan sekitar RM800 sebulan itulah digunakan untuk membayar sewa rumah RM300 dan menyara kehidupan mereka dan Pak Ari. Pak Ari tinggal bersama-sama dengan tiga orang cucunya. Dua orang cucunya OKU pembelajaran dan masih bersekolah di peringkat menengah.
Kerana kesempitan hidup, Pak Ari tinggal berasingan dengan isterinya. Isteri Pak Ari juga sakit terlantar dan kini berada di rumah ibu mentuanya dan dijaga oleh adik-beradik iparnya. Pak Ari tidak mampu berjalan, dia dan anaknya menghadapi kesukaran untuk menguruskan keperluan hariannya. Pak Ari memohon bantuan perubatan daripada MAIPk.
Permohonan Pak Ari diluluskan. Encik Nabil Fikri bin Mohamad, Pegawai Baitulmal Daerah Muallim telah menyampaikan bantuan perubatan kepada Pak Ari yang tinggal di Kampung Berop, Tanjong Malim. Bantuan tersebut berupa sebuah katil hospital 3 fungsi, tilam angin, bekalan lampin pakai buang dan tisu basah untuk tempoh 6 bulan. Bantuan perubatan untuk Pak Ari berjumlah RM5,994. Semoga bantuan ini meringankan bebanan yang ditanggung oleh Pak Ari sekeluarga.
Terima kasih muzakki. Dana zakat anda meringankan bebanan asnaf yang memerlukan. Teruskan menyokong kami dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Untuk berzakat melalui online FPX klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CurEaSBpy2G/?hl=en