• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • BANTUAN PERUBATAN : BANTU ASNAF DERITA PENYAKIT KENCING MANIS KRONIK

BANTUAN PERUBATAN : BANTU ASNAF DERITA PENYAKIT KENCING MANIS KRONIK

Asnah binti Osman,
Felda Trolak Selatan, Sungkai

TAPAH - Puan Asnah menderita penyakit kencing manis yang kronik. Kaki sebelah kirinya telah dipotong bagi mengelakkan luka kencing manisnya membusuk serta melarat ke bahagian kaki yang lain. Usia Puan Asnah yang memasuki awal 70-an itu memaksanya bergantung harap kepada belas ihsan daripada suami dan anak-anak untuk menguruskan dirinya saban hari.

Puan Asnah dan suami tinggal bersama-sama anak dan cucunya. Pendapatan bulanan mereka hanya mengharapkan hasil sawit sekitar RM1024 sebulan. Anak-anak ada menghulurkan duit belanja sebanyak RM200 setiap bulan. Puan Asnah terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda untuk memudahkan pergerakannya. Apabila anak dan cucunya keluar ke sekolah mahupun berkerja, suaminya setia menemaninya di rumah.

Pendapatan yang kecil memaksa mereka memohon bantuan daripada MAIPk untuk membeli lampin pakai buang dan susu khas bagi pesakit kencing manis yang mahal harganya. Syukur rezeki menyebelahi Puan Asnah. MAIPk Daerah Tapah meluluskan bantuan perubatan berupa lampin pakai buang dan susu khas untuk bekalan selama 6 bulan. Bantuan tersebut berjumlah RM8817. Semoga bantuan ini meringankan bebanan yang ditanggung oleh Puan Asnah sekeluarga.

Terima kasih kepada muzakki yang sentiasa bersama-sama kami. Dana zakat yang ditunaikan meringankan bebanan mereka yang diuji dengan musibah dan kekurangan harta. Teruskan menyokong kami dengan berzakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Semoga zakat yang ditunaikan menjadi asbab kita masuk ke dalam syurga. Tunaikan zakat anda melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CuQxpDbrgTT/?hl=en

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.