BANTUAN RUMAH : PAK AT CERIA TERIMA RUMAH BAHARU
Jaafar @ Che At Bin Md Desa
Kampung Jelapang Jaya, Taiping
TAIPING - Encik Jaafar atau lebih mesra dengan panggilan Pak At merupakan pesara KTMB. Dia yang sudah menjangkau 80-an itu meneruskan kehidupan dalam usia emasnya bersama-sama isteri tercinta di sebuah rumah usang yang terletak di Kampung Jelapang Jaya. Keenam-enam orang anaknya sudah berkeluarga dan tinggal berasingan. Pak At menyara keluarga dengan wang pencennya sebanyak RM1020 sebulan.
Rumahnya semakin usang dan membimbangkan. Hampir kesemua dindingnya telah reput. Bumbung rumah juga banyak yang sudah bocor. Kayu alang dan kekuda rumah juga telah reput dimakan anai-anai. Anak Pak At pernah meletakkan racun anai-anai untuk membendung masalah ini namun tidak bertemu jalan penyelesaian.
Bahagian dapur rumah Pak At juga telah mendap akibat aktiviti perlombongan pada suatu ketika dahulu. Apa yang lebih membimbangkan adalah rumah mereka sering dinaiki air melebihi paras buku lali apabila hujan lebat. Hal ini kerana rumah mereka terletak betul-betul bersebelahan dengan paya. Untuk membaik pulih kerosakan rumahnya memerlukan perbelanjaan yang besar. Pak At tidak berkemampuan. Bimbang akan keselamatan diri dan isterinya, akhirnya Pak At tampil memohon bantuan MAIPk.
MAIPk Daerah Taiping meluluskan permohonan Pak At. Rumahnya dirobohkan dan ditambak tanah untuk mengukuhkan tapak rumah baharunya nanti selain mengelakkan banjir berulang lagi. Rumah baharu dua bilik berkeluasan 600kp itu dibina di atas tapak rumah yang lama. Bantuan rumah baharu itu bernilai RM54,000 dan melibatkan kos tambahan sebanyak RM5000 bagi kerja-kerja tambakan tanah.
Terima kasih para muzakki. Dana zakat anda sekali lagi telah memberikan tempat tinggal yang selamat dan selesa kepada mereka yang memerlukan. Masih banyak lagi yang memerlukan perlindungan dan tempat tinggal yang selamat seperti Pak At sekeluarga. Teruskan membantu. Tunaikan zakat anda segera dengan Zakat Perak-MAIPk. Untuk berzakat melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CtVKm4bPhLy/?hl=en