BANTUAN MODAL : BANTUAN ENJIN BOT DAN SAMPAN SINARI KEHIDUPAN ASNAF
Ramli Bin Mahamud
Kg. Sungai Timah, Mukim Bandar
TELUK INTAN - Encik Ramli merupakan nelayan yang menangkap ikan di pesisir laut Sungai Tiram Lekir. Tangkapan yang sering menjadi rezeki mereka adalah ikan senangin, ikan sembilang dan juga kerang. Ikan siakap dan ikan termenung pula akan diperoleh apabila tiba musimnya. Dengan hasil tangkapan itulah dia menafkahi keluarga kecilnya yang terdiri daripada isteri tercinta dan dua orang anaknya. Purata pendapatan bulanannya sekitar RM800. Mujur mereka tidak perlu menyewa rumah kerana mempunyai rumah sendiri yang dibina di atas tapak rizab kerajaan.
Adat nelayan mencari rezeki di laut. Pendapatan harian mereka bergantung kepada keadaan cuaca dan pasang surutnya air laut. Anak-anak yang semakin membesar mendorong Encik Ramli berusaha lebih keras untuk menambah pendapatan keluarganya. Dia berhasrat untuk memohon bantuan enjin bot beserta sampan daripada MAIPk.
Hal ini kerana Encik Ramli tidak mempunyai sampan dan enjin sendiri. Setiap hari dia turun ke laut dengan menumpang sampan milik tekongnya. Dia yang merupakan awak-awak perlu membahagikan hasil tangkapan dan keuntungan dengan tekongnya. Jika mempunyai sampan sendiri, dapatlah dia meningkatkan pendapatan bulanannya.
MAIPk meluluskan permohonannya. Bantuan modal berupa sebuah sampan lengkap dengan enjin 30HP telah diserahkan kepada Encik Ramli pada 24 Mei 2023 baru-baru ini. Jumlah keseluruhan bantuan adalah sebanyak RM17,950. Semoga dengan bantuan ini dapat meningkatkan pendapatan Encik Ramli sekeluarga.
Terima kasih para muzakki. Sekali lagi dana zakat daripada anda bermanfaat kepada mereka yang memerlukan. Teruskan sokongan anda kerana masih banyak asnaf yang perlu kita santuni. Tunaikan zakat dengan Zakat Perak-MAIPk sekarang. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CtGIN6xLrcW/?hl=en