BANTUAN PERUBATAN : DUHAI BONDA
Hasnah binti Hanip
Kg. Tanah Merah, Lubok Merbau
Puan Hasnah kini sudah mencecah usia 73 tahun. Dia kini tinggal bersendirian di rumah milik Almarhum suaminya. Hasil perkongsian hidup bersama suami, dia dikurniakan 5 orang anak, 4 perempuan dan seorang lelaki. Anak lelakinya bekerja sendiri dan menetap di Kuala Lumpur. 3 orang anak perempuannya merupakan suri rumah. Hanya seorang sahaja anak perempuannya yang bekerja sebagai guru.
Puan Hasnah tinggal bersendirian di rumahnya. Namun sejak diuji dengan penyakit strok dan terlantar dari bulan Januari yang lalu, anak-anak perempuannya bergilir-gilir menjaganya di sebelah pagi dan malam. Anaknya membantu menguruskan ibunya yang perlu dipakaikan dengan lampin pakai buang. Bukan itu sahaja, Puan Hasnah juga hanya dapat minum susu khas melalui tiub sebagai sumber nutrisi pengganti makanannya sebelum ini.
Puan Hasnah juga tidak memunyai pencen mahupun sumber pendapatan yang lain. Dia Cuma mengharapkan sumbangan bulanan daripada anak-anak sebanayak RM300. Dia juga tidak mendapat bantuan daripada mana-mana agensi. Susu khas untuk mengekalkan nutrisinya juga agak mahal harganya. Dia memohon bantuan MAIPk agar dapat membekalkan susu khas buatnya.
MAIPk telah meluluskan permohonannya. Encik Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor, Pegawai MAIPk Daerah Kuala Kangsar telah menyerahkan bantuan perubatan kepada Puan Hasnah. Bantuan tersebut berupa susu khas dan lampin pakai buang untuk bekalan selama enam bulan dan sebuah kerusi roda yang berjumlah RM9,000.
Terima kasih para muzakki. Dana zakat anda kali ini telah membantu Puan Hasnah yang kini sakit terlantar. Teruskan sokongan anda kepada MAIPk dengan menunaikan zakat kepada Zakat Perak-MAIPk. Semoga zakat yang ditunaikan dapat membantu lebih banyak lagi asnaf yang memerlukan. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton video di instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/Cs3gORtgt5N/?hl=en