• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik

BANTUAN MODAL : SUMBER KEHIDUPAN

Muhammad Khushaini bin Mihd Hamdan
Kg. Bendang Selinsing, Sauk

KUALA KANGSAR - Encik Khushaini berusia 33 tahun. Sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak. Isterinya baru sahaja habis menjalani pantang bersalin anak kedua mereka. Mereka sekeluarga tinggal menyewa dengan bayaran RM170 sebulan.

Selain menangkap ikan di sungai, Encik Khushaini akan mengambil upah menoreh getah apabila ada permintaan. Dia mempunyai lesen menangkap ikan yang sah. Namun Encik Khushaini tidak memiliki bot sendiri. Setiap kali turun ke sungai, dia akan menumpang bot milik rakannya. Dia juga membayar sejumlah wang setiap kali menumpang bot tersebut. Kini sudah 4 tahun dia menumpang bot rakannya.

Hasil tangkapan mereka akan dibahagi dan dijual di Pasar Sauk dan kedai-kedai makan berdekatan. Purata pendapatan bulanannya sekitar RM900 sahaja. Dia berhasrat menambah pendapatannya memandangkan bilangan ahli keluarganya juga sudah bertambah. Dia memohon bantuan modal daripada MAIPk untuk membeli sampan dan enjin agar dapat turun sendiri mencari rezeki tanpa perlu menumpang bot rakannya.

MAIPk telah meluluskan permohonannya. Encik Mohamad Hafizi bin Mohamah Nor selaku pegawai MAIPk Daerah Kuala Kangsar telah menyerahkan bantuan modal kepada Encik Khushaini yang berjumlah RM13,700. Bantuan tersebut berupa sebuah sampan dan enjin jenama Yamaha 5Hp. Semoga dengan bantuan ini dapat meningkatkan hasil pendapatannya.

Terima kasih kepada muzakki yang sentiasa bersama MAIPk. Dana zakat anda kali ini telah meringankan bebanan yang ditanggung oleh Encik Khushaini. Semoga rezekinya sentiasa dimurahkan Allah SWT. Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Semoga lebih banyak asnaf yang dapat kami santuni. Untuk berzakat melalui online FPX klik https://ezakat.maiamp.gov.my

Tonton video di Instagram MAIPk
https://www.instagram.com/p/CsxTzbpuNRJ/?hl=en


.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.