• 26
    Soalan Lazim
  • 26
    Hubungi Kami
  • 26
    Aduan & Maklum Balas
  • 26
    Peta Laman
  • 26
    Soal Selidik
  • Utama
  • Info
  • Berita MAIPk
  • TAWARAN TERBUKA BANTUAN LESEN MAIPK (PROGRAM BANTUAN LESEN UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI ASNAF)

TAWARAN TERBUKA BANTUAN LESEN MAIPK (PROGRAM BANTUAN LESEN UNTUK MENINGKATKAN EKONOMI ASNAF)

Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) membuka peluang kepada semua Asnaf Fakir Miskin yang memerlukan kelas lesen memandu tertentu untuk menjalankan aktiviti ekonomi bagi meningkatkan pendapatan keluarga.

Syarat-syarat utama permohonan :-
- Bermastautin di negeri Perak
- Berpendapatan rendah (keutamaan kepada fakir dan miskin)
- Berumur 21 tahun hingga 60 tahun
- Sihat tubuh badan
- Memiliki lesen memandu
- Bebas saman / tidak disenarai hitam oleh JPJ & PDRM

Sila rujuk poster berkenaan syarat dan kumpulan lesen yang ditawarkan. Permohonan boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan Skim Latihan Kemahiran Asnaf yang dimuat turun daripada portal rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Klik https://www.maiamp.gov.my/index.php/zakat/borang-bantuan-zakat.html atau di Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah yang berhampiran.

TAWARAN TERHAD : MOHON SEGERA.
PENTING!! Pemohon WAJIB melampirkan dokumen tambahan iaitu SALINAN LESEN MEMANDU

Hantarkan borang dan dokumen yang telah lengkap ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:

Unit Pembangunan Pemerkasaan, Bahagian Agihan Zakat, Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan, Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, 30000 Ipoh, Perak.

Untuk makluman lanjut, sila hubungi Unit Pemerkasaan MAIPk: 019-5711384.
Tarikh tutup: 31 Mei 2023 (Rabu), 11.59 malam.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kod QR
Scan Kod QR pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Bantuan
Scan Kod QR Borang Bantuan pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.
Kod QR Borang Aduan Awam
Scan Kod QR Borang Aduan Awam pada telefon pintar anda untuk versi mudah alih.