BANTUAN PERUBATAN : INSAN TERPILIH
Muhammad Qhalif Hayyan bin Shahrul Azlan
Sungai Baharu, Kuala Kurau
KERIAN - Setiap pasangan mengimpikan zuriat yang cergas dan sihat sebagai penerus keturunan. Namun perancangan Allah SWT mempunyai rahsianya yang tersendiri. Begitulah yang berlaku kepada pasangan Encik Azlan dan Puan Fatimah, insan terpilih yang berasal dari Kuala Kurau ini. Cahaya mata mereka menghidap penyakit Cerebral Palsy ekoran lemas dalam perut semasa proses kelahirannya.
Kini Adik Qhalif sudah berumur 10 tahun. Dia memerlukan kerusi roda khas untuk memberikan sokongan kepada tubuhnya ketika duduk. Namun kerusi roda khas tersebut mahal dan tidak mampu dibeli oleh ayahnya yang hanya seorang nelayan dan ibunya yang mengambil upah menjahit kecil-kecilan itu. Pendapatan yang tidak menentu itu menyukarkan untuk membeli kerusi roda tersebut. Pendapatan mereka hanya cukup untuk memenuhi keperluan asas mereka. Encik Azlan mengambil keputusan memohon bantuan daripada MAIPk.
Syukur permohonannya menerima maklum balas positif. MAIPk Daerah Kerian menyalurkan bantuan perubatan berupa kerusi roda khas buat Adik Qhalif dan juga bantuan susu khas serta lampin pakai buang untuk bekalan 3 bulan. Bantuan perubatan tersebut berjumlah RM5000. Semoga dengan bantuan ini memudahkan ibu bapanya menguruskan Adik Qhalif serta meringankan bebanan yang ditanggung mereka sekeluarga.
Terima kasih para muzakki yang sentiasa menyokong MAIPk. Dana zakat daripada anda telah kami sampaikan kepada keluarga Adik Qhalif yang sangat memerlukan. Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Masih banyak asnaf yang memerlukan bantuan anda. Untuk berzakat melalui online FPX, klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton di Facebook MAIPk
https://www.facebook.com/reel/629986559263272