BANTUAN MODAL : MERAWAI SEMBILANG
Yusni bin Yusoff
Kampung Sungai Baru Trong
TAIPING - Encik Yusni merupakan nelayan yang merawai ikan sembilang di Kampung Sungai Baru. Purata pendapatan bulanannya sekitar RM1000. Dengan pendapatan itulah dia menyara kehidupannya bersama-sama isteri, mentua dan tiga orang anaknya yang masih bersekolah. Mereka tinggal menumpang di rumah mentuanya. Isterinya juga menjaga mentuanya yang kurang sihat.
Encik Yusni berkemahiran membuat bubu berasaskan batang buluh. Dia juga mengambil tempahan bubu jika ada permintaan. Dia mempunyai sampan sendiri yang masih dalam keadaan baik. Namun enjinnya telah rosak. Dia tidak mampu membaikinya kerana kosnya yang agak mahal. Dia mengambil keputusan untuk menyewa enjin bot agar dapat turun ke sungai mencari rezeki. Enjin tersebut disewa dengan bayaran RM300 sebulan. Namun kos sewa tersebut agak memberatkannya. Setelah beberapa bulan menyewa enjin bot, dia mengambil keputusan memohon bantuan modal daripada MAIPk untuk membeli enjin bot yang baharu.
Berkat kesungguhannya mencari rezeki, akhirnya permohonannya diterima. MAIPk Daerah Taiping menyalurkan bantuan modal peralatan berupa enjin bot berjenama Suzuki 30HP. Diharapkan dengan bantuan ini dapat memudahkan Encik Yusni turun ke sungai untuk mencari rezeki. Semoga rezeki mereka sekeluarga semakin bertambah. Terima kasih para muzakki. Dana zakat anda kali ini bertukar menjadi sumber pendapatan utama buat keluarga Encik Yusni.
Teruskan berzakat dengan Zakat Perak-MAIPk. Masih banyak yang memerlukan bantuan anda. Kini zakat anda boleh ditunaikan melalui online FPX. Klik https://ezakat.maiamp.gov.my
Tonton di Facebook MAIPk
https://www.facebook.com/reel/1415978692277392